All men dream, but not equally. Those who dream by night in the dusty recesses of their minds, wake in the day to find that it was vanity: but the dreamers of the day are dangerous men, for they may act on their dreams with open eyes, to make them possible.

Tuesday 25 December 2012

Kami Kini Layak Mengundi

Asalamualaikum..

Ehem Ehemm.. (suara makin garau)

Allah selamatkan kami,
Allah selamatkan kami,
Allah selamatkan Luqie Anje Naia,
Allah selamatkan kami..

preett preetttt.. boommm kaebabommm..

Now we all are officially 21 years old.. still sweet, still comel, still hensome , still cantik , still islam n still beriman..

Kami memang rapat sejak lepas habes sekolah.. sebelum habes sekolah tu rapat jugak.. cuma kalau jumpe tu juz tegur gitu2 je.. tapi lepas habes sekolah.. kalau jumpa tu.. haaa.. berborak sampai tak ingat dunia.. pukol 2 3 pagi pon belom tentu habes.. punyalah banyak cerita..

Kami ni tiga beradik yang mana ayah o ibu kami datang dari atuk n nenek yang sama.. senang kata sepupu la..saya anak kpd paklang Usop.. Anje anak kpd paklong Manggar.. Naia pulak anak pada makbusu esah

Cerita kami lahir memang menarik.. mulanya arwah nenek kami ingatkan makbusu yang akan bersalin dulu.. jadinya nenek prepared la siap2 duduk dekat rumah busu.. sekali haaa.. xsilap malam sabtu..tarikh 7 Disember 1991..aku haa keluar dulu..maklang bersalin dulu.. champion habes la kan.. agak2 kalau keluar dari perut ummi tu boleh dah pasang lagu WE ARE THE CHAMPION..hahaha..nenek berkejar dari rumah busu pergi rumah paklang...kalot habes la..

so jadilah aku first born dalam trio ni...

MUHAMMAD LUQMAN NUL ISLAM BIN YUSOFF (Luqie)
- 07 Disember 1991 - Hospital Universiti Malaya
- Sedang menuntu Clinical Pharmacy at Zagazig University, Republic of Egypt
- Anak ke5 kepada Datuk Haji Yusoff HM Haniiff dan Datin Marsidah Samausi



then belom sempat aku hilang bau air ketumban tu.. seminggu lepas tu.. hari sabtu jugak.. 14 Disember.. haaa.. maklong kamisah pulak bersalin.. dah keluar si anje ni dah pulak.. memang x tunggu lama kan.. taknak kalah tu.. jadi 1st runner up pon jadi la kan..so nak jadi cerita nenek berkejar pulak dari rumah paklang pergi rumah paklong..

ini dia Second Born
MUHAMMAD MUNIR BIN MANGGAR (Anje)
- 14 Disember 1991
- Sedang menuntu Business Management Universiti Teknologi Mara, Melaka
- Anak ke7 kepada Allahyarham Dato' Haji Manggar HM Haniff dan Hajah Kamisah

Anje the hensome one in black suit

Lepas Si Anje keluar je.. seperti yang dijanjikan.. Makbusu pulak bersalin seminggu lepas tu.. ehhh.. not exact seminggu.. 6 hari actually.. Hari jumaat 20 Disember.. Nenek dapat tahu makbusu pulak nak besalin.. once again nenek kena berkejar pergi rumah busu.. naia keluar sebagai bongsu dalam trio ni..


NADIAH BINTI IDRIS (Naia)
- 20 Disember 1991
- Baru tamat belajar Economy Studies at University of New South Wales, Australia
- Akan mula berkerja di Bank Negara Awal tahun 2013
- Anak ke4 kepada Haji Idris Bin Haji Menhad dan Hajah Eisah HM Haniff

Naia is the one with the glasses 

Comelkan kami bertiga... Tapi kesian kat nenek.. kena terkejar2 sana sini sebab nak sambut cucu.. sayangnya la arwah nenek kat kami ni.. sekarang kami dah besar.. dah 21 tahun dah.. naia dah habes belajar.. aku n anje dalam proses lagi.. kami ada lebih dan kurang masing2.. itu yang buat kami rapat.. even kami jauh.. sorang kat Mesir.. sorang kat OZ n sorang kat Malaysia.. aku tak pernah la lupa diorang ni.. jarang contact.. tapi aku selalu ingat pesan si naia.. selalu ingat masa2 dengan anje time keluar tabligh dulu..

Rindu korang.. lama sangat tak jumpe si naia.. ada 2 tahun jugak la tak jumpe.. si anje pon hampir2 tak jumpa masa balik malaysia haritu..hope korang jangan lupa aku pulak..

bdw doa yang terbaik untuk korang..jaga ilmu, iman, amal..

To Naia : Tahniah sebab dh habes belajar.. Tahniah sebab nak masuk kerja dah.. Jgn Lalai bila dah terkedepan.. aku n anje kejar kau dari belakang...

To Anje : Tahniah sebab dah keluar 4 bulan tabligh.. bukan mudah tu.. jgn banyak main.. aku tau kau banyak jalan je kat uitm tu.. belajar betol2..

To Me  : Banyak benda lagi belom lengkap.. lengkapkan diri.. Fardhu Muslim.. then boleh kahwin.. Baitul
Muslim..


HAPPY BIRTHDAY TO YOU, Selamat Mengundi!!!


Wednesday 19 December 2012

Self Update

fuhh fuhh..
berhabuk habes haa blog aku ni..

Assalamualaikum,

9bulan tambah tambah jgk la x ubdate blog ni.. bila dah lama x naek post ni..rase macam pencil dah tumpul..mata pen pulak dah karat..sorry guyz..aku tau yang kat m'sia tu kamain lg rindu aku...iye iye.. aku update ni haa..

Trust me, 9bulan kat mesir..xde apa sangat pon yang berlaku.. datang mesir mmg untuk study, makan, beristinjak, tido..cukup 5 tahun balik.. macam sia-siakan datang sini..habes duit mak ayah.. habes duit rakyat untuk yang dapat tajaan.. habes masa n tenaga.. banyak bendalah yang habes..semua tu jadi pada orang yang tak reti guna peluang..

tapi tidak pada aku.. untuk 9 bulan ni.. habes semua benda aku try.. study, makan, jalan2, cari kawan baru, tido, bepersatuan, pergi kursus, kerja, balik malaysia, enjoy dengan kawan, shopping, dating, cerita pasal kahwin, banyak oii aku buat... quiet a list i have here... ponat denn nak tulis bnyak2..

bdw sorry untuk kawan2 yg x sempat aku jumpa masa balik Malaysia hari tu...xsempat kot.. aku kerja, kursus lagi, layan family lg.. itu x masuk layan bakal isteri lagi.. kompom penuh masa aku..
ramai jugak la yang aku xsempat jumpa haritu..

Nadiah Idris, Batrishah, Third, Fizo, Amira Adenan, Za'im, Ain Haris, Sarab

sorry sangat x jumpa korang..insyaAllah nanti aku balik kita jumpa...

Mesir sekarang tengah bergolak.. kejap2 ade rusuhan.. kejap2 ade gadoh.. apa lah nak jadi.. cuba lah hidup tu aman dan harmono..

Haritu rumah President Mesir, Mohd Morsi kena serang dengan penyokong pro pembangkang.. dah la rumah president tu betol2 belakang university kitorang kat zagazig ni.. tengah2 belajar dalam kelas.. tiba2 riuh giler kat luar.. orang ramai lari lintang pukang sebab polis tembak gas pemedih mata..agak cuak jugak la masa tu..orang lari menjerit2..balik tu semua dh macam takut2 dah..apa lah salah President Morsi.. dia sikit punya baik..korang nak jatuhkan diaorang.. nak jugak naikkan yang corrupt.. apa kes.. otak letak kat mana pon tak tahu la..

Aku rasa beruntung jadi rakyat Malaysia..even ada krisis dalam..tapi kita tetap jaga kelestarian masyarakat..Aku rasa Mesir kena pakai sistem Malaysia.. Rumah President tu biar jadi kawasan laranga.. macam kat Malaysia, rumah Dato Najib kat Seri Perdana Putrajaya tu memang kawasan larangan.. pengawal sana sini.. tapi kat Mesir..rumah President sama je macam rumah rakyat.. Rumah President Morsi cua rumah Flat..macam mana rakyat x berani nak serang...xde kawalan langsung..

Beruntunglah kita rakyat Malaysia, aka kerajaan yang masih boleh dijaga n kawal.. jgn kita sibuk nak berevolusi..tapi akhirnya, tergadai keamanan yang ada...Peace~~



Pharmedic 2012 - Syakir poteng hari kedua


My Brother Like A Boss - Amirul Islam


Thats Me..hahaha..Emcee paling teruk yang aku pernah jadi

Peace Is for Gaza & Smile Is for Malaysia

Hard to Caption this one

From 10 snapping Picture only one succeed

Abg Long Pharmacy 3rd Batch

2nd Day Much Better

2 days of Seminar Pharmedic - This pic become my fon screensaver (Inspiration)

Sebulan lepas Kami Pharmacist 3rd Batch organize satu event khas untuk kawan2 baru tahun satu.. WELCOMING PARTY FOR 1st YEAR STUDENT a.k.a AKRAB 12...

ME and Ajib jadi Unit Prep n Tech..
habes semua benda kami buat..logo,video,poster,invitation card,editting picture, macam2 lagi... busy habes la buat kerja..Alhamdulillah berjaya n semuanya best...